Saturday, May 23, 2009

50kg sahari....

Tahukah korang projek cendawan boleh memulangkan pulangan yg lumayan? jika sehari hasil cendawan boleh mencecah 50kg sehari,sememangnya korang boleh kawin baru huhu.
harga pasaran borong cendawan sekang boleh mencecah RM5-RM5.50 sekilogram.
Bermakna pendapatan sehari ialah RM250.kalau sebulan? RM250x3ohari=RM7500. itu jika korang jual pd harga borong. jika korang rajin,korang packing hasil cendawan,boleh memcecah RM8 sekilogram.
bermakna jika korang main harga packing, RM8 x 50kg = RM400. kalau sebulan?
RM400 x 30hARI =Rm12,000. lumayang bukan?
Cuma masaalahya sekarang, bagaimana nak dapatkan cendawan segar hari2 50kg?
haa itu ada penin cikit kepala. anggaran kasar setiap bongkah yg baik boleh mengeluarkan anggaran 50g cendawan.ada yang sampai 100g dan ada gak yg bru 10g huhu
jadi, 50g cendawan sebongkah korang memerlukan 1ooo bongkah sehari. 50gx1000=50,000g
timing sgt2 penting.korang memerlukan 1000bgkahx30hari=30,000 bongkah yang dibuka secara bergilir2 dan bukan semua cendawan kluar serentak jika sudah dibuka penutupnya, untuk play safe kate org, lebihkan 2 hingga 3 ratus bongkah jika dibuka.
isyallah dapatla korANG merasa duit hasil cendawan yg pd saya menarik dan menyeronokan sabab, hari2 ad cendawan. malam tengok besa batang mancis, besok pg tengok da besa tapak tangan haha.pagi petik, petang pun ada lagi. semuaya kurnia tuhan pada umatya yg hanya dapat merasakan rezeki yg Allah telah turunkan.amin.
kepada korang, selamat berjuang...

Tuesday, May 19, 2009

insyallah..





ini tapak projek yg akan datang yg berhampiran rumah cendawan yg sedia ada.. insyallah..

cendawan ling-zi (ganoderma)



Ini cendawan gano yg kami biakan untuk memperbanyakan lg benih-benih cendawan kami..

Thursday, May 7, 2009

Dari sup para diraja hinggalah ke ubat anti HIV

cendawan mengikut sejarah yg tertulis mengatakan cendawan yang pertama pernah diusahakan oleh orang china sejak 900 thn selepas masihi.cendawan yang pertama pernah diusahakan ialah cendawan Auricularia sp ataupun cendawan kuping. berapa ratus tahun kemudian cendawan winter atau enokitake (flammulina velutipes) dan cendawan shiitake (lentinusedodes) pula diusahakan. sekitar tahun 820 yang lalu seorang tabib cina yang terkenal bernama wu shui menggunakan shiitake sebagai ramuan ubatnya. menurutnya, shiitake mengandungi ramuan yang boleh meningkatkan daya tahan dan mencegah pendarahan diotak.setelah khasiatnya terbukti sekitar 500 tahun yang lalu cendawan shiitake mula diusahakan secara meluas di negeri china. 100 tahun kemudian orang orang jepun pula yang menanamnya.dan pada hari ini malaysia juga tidak ketinggalan walaupun jauh dibelakang turut menghargai tumbuhan jenis berspora yang sememangnya berkhasiat dan sangat tinggi nilai kormesialnya untuk di usahakan. kepada pengusaha pengusaha cendawan, tak kira berapa jauh kita dibelakang, cendawan adalah tetap tumbuhan berspora yang tinggi nilai gizinya dan masih banyak yg belum diterokai dari yg sudah jelas jalannya.