Thursday, May 7, 2009

Dari sup para diraja hinggalah ke ubat anti HIV

cendawan mengikut sejarah yg tertulis mengatakan cendawan yang pertama pernah diusahakan oleh orang china sejak 900 thn selepas masihi.cendawan yang pertama pernah diusahakan ialah cendawan Auricularia sp ataupun cendawan kuping. berapa ratus tahun kemudian cendawan winter atau enokitake (flammulina velutipes) dan cendawan shiitake (lentinusedodes) pula diusahakan. sekitar tahun 820 yang lalu seorang tabib cina yang terkenal bernama wu shui menggunakan shiitake sebagai ramuan ubatnya. menurutnya, shiitake mengandungi ramuan yang boleh meningkatkan daya tahan dan mencegah pendarahan diotak.setelah khasiatnya terbukti sekitar 500 tahun yang lalu cendawan shiitake mula diusahakan secara meluas di negeri china. 100 tahun kemudian orang orang jepun pula yang menanamnya.dan pada hari ini malaysia juga tidak ketinggalan walaupun jauh dibelakang turut menghargai tumbuhan jenis berspora yang sememangnya berkhasiat dan sangat tinggi nilai kormesialnya untuk di usahakan. kepada pengusaha pengusaha cendawan, tak kira berapa jauh kita dibelakang, cendawan adalah tetap tumbuhan berspora yang tinggi nilai gizinya dan masih banyak yg belum diterokai dari yg sudah jelas jalannya.